Wednesday, November 16, 2011

Published with Blogger-droid v2.0.1

Kedah Semakin Banyak Billboard

Kalau diambilkira bilangan billboard sebagai indikasi kemajua negeri, tok rasa negeri Kedah la yang paling hebat.

Setiap satu musim, mesti ada billboard baru akan dinaikkan di setiap bandar dan exit lebuhraya.

Musim raya, naik billboard raya..musim haji naik.billboard haji...sampai naik haji mabberuk. ..punya la kerap billboard berganti. Takdan nak buat proofreading.

Host dan muka tetap dalam billboard sudah pastilah MB kita Ustaz Azizan. Semua nak ambik hati ustaz.

Tapi yang orang taktau ialah billboard ni satu bentuk pengiklanan yang sangat mahal. Melibatkan juta-juta Ringgit.

Hmmm.. Patut la dalam kerajaan negeri dok umum kata pendapatan balak semakin bertambah..duit buat jalan tetap kena gabuih buat bayar gaji dan beli kereta.

Tok: Tertanya-tanya...sapa la yg dapat kontrak penaik billboard tu? Bukan apa...tok nak puji.pasai effisien sangat, tak macam kerajaan dulu

Sunday, April 10, 2011

Salam Sejahtera, Sejahterakah Kedah

Salam Sejahtera,
Apa khabar cucu-cucu semua. Dah lama Tok tak menulis, bukan apa, Tok Dok tunggu dan bagi masa untuk MB Sejahtera kita buat perubahan apa yang patut setelah diberi kuasa menerajui Kedah.

Dok tunggu tengok, rakyat makin sejahtera ka makin tak sejahtera? Rupanya, kalau nak kata sejahtera juga, kita kena ubah la makna perkataan sejahtera tu sendiri.

Dengan politik negara semakin jadi cacamarba hasil usaha ketua pembangkang yang baru, Dato Seri Anwar Ibrahim, negeri Kedah pun tak semakin sejahtera. Masalah 3 jam, iaitu 2 jam dalam tweeter dan 1 jam omega pun Dato Seri ta boleh nak selesai, macam mana nak menguruskan negar, tok naik seriyaula jugak.

Yang sahih sejahtera ialah beberapa kerat pemimpin PAS yang bukan setakat sejahtera, malah semakin bahagia, YB Amiruddin boleh cerita la kot apa makna sejahtera dan bahagia tu. Tok nak join pun tak mampu, maklumla, nak tulis blog pun dok kena makan telur OMEGA 3 saja, mata pun makin kelabu.

Tapi yang paling sejahtera lagi tentu la tauke billboard, buleh kata tiap-tiap persimpangan tol tauke-tauke ni dapat merasa kesejahteraan.

Banyak sangat cerita-cerita yang Tok Cha guruh dok mai habag kat tok, tapi sabag-sabag la cucu semua noo. Nak Tok cerita satu persatu, supaya kita boleh nilai tahap kesejahteraan negeri Kedah darul Aman dan semakin sejahtera ni.

Thursday, August 20, 2009

GLC Kedah Disembelih

Salam Sejahtera, Kedah Sejahtera.

Ini berita yang Tok dapat dari tok Cha Guruh masa singgah beli tembakau Jawa di Kedai 2 hari lepas. Kata Tok Cha, kerajaan negeri sangat-sangat terdesak la ni. Tak tau nak buat macam mana dah nak cari duit.

Dua pakar Penasihat negeri iaitu “Pakar Penilaian” dan “KJ Kedah” pun agaknya dah tak nak bagi idea dah. Dulu rajin bagi idea, idea yang ideal oleh budak kanyiarg, mana ada yang jalan.

Tapi Ustaz Azizan nak kata apa, satu tu orang kanan dan satu tu bekas menantu, kalau marah pun sebab silap sendiri la pi lantik buat apa depa tu. Tapi orang politik ni, ego mesti kena jaga, kepentingan rakyat jatuh no dua, dosa pahala, toksah cerita la.

Nak tebang balak pulak, timbul banyak isu, sampai hak yang dah ditelan pun dijolok keluar

Tapi sebab depa ni kerja kuat, akhirnya timbul la juga idea macam mana nak dapat duit tanpa guna otak. Penasihat kata sembelih GLC la mudah. Jadi la ni kerajaan dah suruh tiap-tiap GLC bayar RM12 juta kepada kerajaan negeri. Tok Cha yang memang tau pasal kedudukan GLC Kedah kata dua patah ja...Mampuih GLC!

Itu saja yang Tok Cha kata, sampai la ni Tok tak faham apa maksud Tok Cha.

Tapi apa yang Tok tau, Kerajaan Negeri takdak usaha apa pun nak tolong GLC, selain daripada melantik ahli lembaga pengarah baru untuk tadah elaun. Sepatutnya kerajaan negeri bantu GLC, tapi GLC-GLC Kedah semakin merudum, GLC-GLC baru, tak payah cerita la, halatuju pun takdak.

Mana nak mai RM12 juta? Kalau ada GLC bagi juga pun, bukan duit untung, tapi duit pusingan GLC sendiri, maknanya GLC akan lingkup oleh tangan MB dan Penasihatnya.

Ada yang akan tanya, kalau GLC tak bagi, kerajaan buleh buat apa? Kerajaan memang tak buleh buat apa, tapi sapa-sapa yang dok kat atas dalam GLC tu siap la. Nak jaga syarikat ka, nak jaga diri sendiri dulu?

Asasnya, GLC bukan kilang buat duit untuk kerajaan negeri, tapi sebagai jentera untuk pembangunan negeri. Sebab tu, bukan semua GLC untung, tapi bila capai objektif tu dah boleh syukur la. Kalau ada satu dua GLC yang boleh buat untung tu dah kira bagus dah, tapi untung tu kena guna untuk pembangunan dimasa depan, bukan buat belanja hangus.

Tapi kalau MB sendiri pun tak faham yang ni, susah la.

Tuesday, August 18, 2009

Sembang Kedehok : Ustaz Azizan Tauke Arak, Takkan Kot?


Salam Sejahtera, Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk semua.

Tok ada bukti yang GLC Kedah jual arak.

GLC tak banyak mana pun, kalau pembaca nak check sendiri pun sat ja boleh tau dah.

Tok tengok,
GLC Kedah adalah samada berada dibawah PKNK atau Menteri Besar Inc.

GLC Kedah juga di terajui oleh mereka yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Semua GLC Kedah tertakhluk kepada kawalan PKNK, dan sapa pengerusi (yakni orang yang paling berkuasa) PKNK? Jawapannya : Menteri Besar, Ustaz Azizan.

Jadi dari segi kuasa dan kemampuan mengawal GLC, memang Ustaz Azizan ni kira tauke la kepada semua GLC Kedah. Sebagai tauke, Ustaz Azizan ada kuasa penuh la nak halang penjualan arak.

Awat Ustaz, arak dah boleh jual ka? Arak tu haram bagi orang Islam, bukan setakat minum saja haram, jual, hidang dan semua yang berkaitan adalah haram. Itu yang Ustaz dok ajar dulu.

Kalau Ustaz lupa, jangan lupa rujuk Al-Quran, Al-Quran tak lupa, isinya terpelihara. Yang lupa dan cuai adalah kita:

Maksud Ayat 90, surah al-Maidah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."


Tok tak setuju dengan fikiran fikiran orang sekarang lebih suka tengok “bekalan arak” ni sebagai hak orang bukan Islam. Ini lah salahnya sudut pandangan kita yang Tok minta dibetulkan, Sepatutnya kita melihat “kebebasan dari arak” adalah hak orang Islam.

Ini selaras dengan ayat diatas, yang mana pengharaman arak adalah hukum Qati’e, tak buleh dirunding lagi.

Macam mana nak halang pusat-pusat hiburan dan jualan arak yang lain kalau GLC pun jual? Macam mana nak halang maksiat yang lain, kalau raja maksiat (arak) dijual oleh GLC sendiri?

Dulu, kalau tak silap Tok, ada orang kata maksiat berleluasa, jumpa kondom sampai satu kampit baja Jangan la nanti, hak sekampit baja jadi seguni perut hijau, pasal raja maksiat dijual GLC sendiri.

Nota: Kalau nak tau nama syarikat GLC yang jual arak, boleh email kepada Tok Pauh.

Bintang Tiga Baru

Salam Sejahtera, Kedah Sejahtera.

Pertama sekali Tok mohon maaf kerana sudah lama tidak menulis. Bukan sebab apa, buku tiga lima (555) yang bertulis katalaluan di”pinjam” cucu.

Jadi Tok lebih banyak memerhati perkembangan politik daripada menulis.

Sebelum Tok teruskan dengan pendedahan Tok, Tok letakkan dua rangkap lagu yang patut difahami dengan sedalam-dalamnya oleh orang Melayu dan Orang Islam di Tanah Melayu ni.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cita lenyap di arus zaman


Dulu dulu, zaman sebelum merdeka sampai la dua dekad selepas merdeka, ada satu parti yang di panggil Bintang Tiga. Parti ni dia kempen kesaksamaan, keadilan dan macam-macam benda baik. Pendek kata kebaikan saja yang dia nak buat untuk rakyat.

Bila pergerakan depa dihidu dan diharamkan, orang depa ditangkap, depa mulakan perjuangan bersenjata. Depa bunuh orang Melayu, tembak kepala depan anak bini dan macam-macam lagi, Tok tak mau cerita panjang la, dah jadi sejarah. Apa yang penting orang Melayu kena ambik pengajaran.

Cuba anak cucu tengok, ada dak “Bintang Tiga Baru” la ni? Pada pemerhatian Tok, “Bintang Tiga Baru” ni bukan nak bawa ideology marxis, sebagaimana dulu pun bukan itu tujuan depa.

Matlamat sebenar depa hanya nak sedut semua kekayaan negara dan menyahkan atau memperhambakan penduduk asal Tanah Melayu ini.

Tok ulang dan minta anak cucu semua sebut elok-elok noo:

Matlamat sebenar depa hanya nak sedut semua kekayaan negara dan menyahkan atau memperhambakan penduduk asal Tanah Melayu ini.

Pola tindakan depa sama saja, tuntut keadilan, tuduh pemimpin yang ada tak betul, jahat. Mengaku depa akan lebih adil, lebih prihatin. Bila dah dapat kuasa sikit, depa bertindak tidak adil.

Dulu kata SPRM tak bertindak pada ahli politik, tapi bila ada kuasa SPRM nak tangkap pun berempas pulas, sampai SPRM takut kat depa.

Dulu kata nak bagi adil dan bantu rakyat miskin, tapi Tok tengok cek dan projek dok keluar pada yang dah kaya.

Dulu kata bebas beragama, tapi yang bebas hanya untuk selain dari Islam saja. Kalau hal Islam, kena rujuk depa dulu.

Jadi Tok nasihatkan, jangan dok sokong berdasarkan motto depa atas kertas, tapi tengok dan fikir apa depa buat.

Orang lain bersatu, tak kira parti politik dalam menjaga kepentingan bangsa, kita pula dok berpolitik sampai menggadai kepentingan bangsa.

Sama-sama kita fikirkan.

Nota:
Jangan Lupa, Mai baca pendedahan Tok pada 20 Ogos ni..

Wednesday, November 26, 2008

Sembang Kedehok: Melantik Pemimpin Perspektif Islam

Salam sejahtera, Kedah Sejahtera.

Salam Tok kepada cucu-cucu pembaca semua. Tak kira tua muda, miskin kaya, terima kasih kerana meletakkan komen, samada yang positif atau negatif, yang menyokong atau yang tidak menyokong Tok.

Ruang maya ni terbuka, macam kata Ustaz Azizan bila dapat memorandum dari penyokong PAS, katanya itu bukti bahawa PAS terbuka. Tapi setakat terbuka untuk terima kritikan, tapi tak dak apa tindakan susulan, buat huih tapak kasut saja lah dok buat demo.

Tapi ada juga orang yang jenis suka dapat buat demo saja, berkesan atau tidak tak penting, syok berdemo pun dah cukup.

Ada yang bertanya tentang Yusrin, maka Tok nak cerita sikit pasal Yusrin. Apa yang Tok nak cerita bukan hal peribadi Yusrin, cuma hal yang berkepentingan rakyat sahaja. Tok dah berkali-kali kata, Tok sayang semua orang Kedah, jadi kalau nak menggadai kepentingan dan hak rakyat Kedah, tak kira parti, Tok kena dedahkan.

Yusrin masuk dan menentukan agenda mesyuarat syarikat GLC. Bagi orang yang tidak ada asas ilmu koporat, susah la sikit Tok nak jelaskan. Tapi Tok nak maklumkan, bahawa mesyuarat lembaga pengarah syarikat GLC bukan macam mesyuarat kerja kenduri kawin, sapa pun boleh masuk dan cakap. Soal koporat ni melibatkan kepentingan umum dan tapisan konflik kepentingan diri dan keluarga. Soal masuk mesyuarat begini pula adalah satu kesalahan besar dalam amalan koporat.

Kelayakan Yusrin? Kalau setakat ijazah pertama tu bukan lagi satu lesen, belambak dah anak Kedah ada ijazah pertama. Yang penting nak tengok pengalaman. Kalau Tok habag, takut orang tak percaya, tapi kalau ada kesempatan, pi tanya Yusrin sendiri betul dak Yusrin ni dulu ada syarikat jururunding sendiri, tapi sebab sebab dia “pandai dan berpengalaman”, maka syarikat jururunding dia sendiri pun bungkuih. Bila dah bungkuih, dia lompat kapal bila bekas bapa mertua dia jadi Menteri Besar, tinggal la kawan dia. Itu pun dah cukup testimony kenapa dia tak layak nak nasihat GLC-GLC Kedah.

Berkenaan ada yang kata bapa bagi business dekat anak tu tak salah, Tok nak nasihat suruh pi membaca sikit. Ini GLC, iaitu syarikat milik kerajaan dan rakyat negeri Kedah, bukan syarikat Sdn Bhd milik penuh Ustaz Azizan. Jadi kalau bagi GLC dekat anak menantu sedangkan ramai lagi yang lebih layak, memang kronisma la namanya, dan salah la tindakan tu.

Amanah menghendaki kita memilih orang-orang yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Membuat pemilihan secara tidak berhati-hati, kerana mengamalkan sikap pilih kasih, adalah satu pengkhianatan yang berat.

Tok catatkan dibawah Riwayat hadis ini sebagai panduan:

Yazid bin Abu Sufiyan berkata : Telah berkata kepadaku Abu Bakar r.a. diwaktu beliau mengutusku ke negeri Syam :

Hai Yazid ! sesungguhnya engkau mempunyai kerabat, boleh jadi engkau mengutamakan mereka buat memegang kekuasaannya, dan itulah yang aku khuatirkan atasmu, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bererti :"Barangsiapa menguasai sesuatu dari urusan kaum muslimin, lalu dia memberi kuasa kepada seseorang atas mereka kerana cintanya, maka laknat Allah menimpa atasnya, Allah tidak diterima daripadanya gantian dan tidak pula tebusan, sehingga dia dimasukkan ke dalam neraka jahannam ". (Riwayat Al-Hakim)

Dan hadis dibawah ini Tok fikir tidak sukar untuk difahami.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :"barangsiapa yang kami angkat menjadi penguasa (pemerintah) untuk mengerjakan sesuatu, dan kami memberi upah menurut semestinya, maka apa yang dia ambil lebih dari upah yang sepatutnya adalah satu kesalahan "

(Riwayat Abu Daud)


Rasulullah SAW sudah berpesan supaya kita berpegang kepada Al-Quran dan Hadis, Kalau kita orang Islam tidak mahu dengar pesanan Rasulullah SAW, sapa yang dengar.

Sama-sama la kita fikirkan.