Friday, October 10, 2008

Tak Berduit dan Derma Besar

Salam sejahtera,
Semoga rakyat dan negeri Kedah sejahtera sentiasa.

Tok tidak berhajat hendak memulakan blog Tok ini dengan isu yang rumit dan memeningkan kepala pembaca. Tapi, isu ringan tak bermakna isu ini tak serius.

Tok jangka, Kedah, dibawah pentadbiran baru Parti Islam pastinya memberi keutamaan kepada hal-hal berkaitan Islam.

Tapi agak pelik, bilamana pada awal Ramadhan baru-baru ini, YAB Ustaz Azizan menyatakan bahawa RM250,000.00 akan diberikan kepada Dewan Perhimpunan Cina untuk sambutan Perayaan Kebudayaan Cina peringkat kebangsaan. (The Star, 11 September 2008)

Tok dengar, YAB Ustaz Azizan kata, kerajaan Kedah tak ada duit, anak-anak syarikat juga dipaksa bayar “hutang’ kepada kerajaan negeri kerana kerajaan negeri tiada duit. Kata mereka, dalam paksaan tersebut, macam-macam Ustaz Azizan sindir pegawai-pegawai, pedih hati mereka mendengarnya. Tapi sebab rasa empati dan simpati dengan kerajaan Negeri yang “tak ada duit”, tikaman lidah YAB Ustaz Azizan ditelan juga.

Sambutan Jubli emas DYMM Sultan yang kita cintai pun disambut ala kadar sahaja. Jadi Tok ingat benarlah kerajaan Negeri tengah berjimat.

Jadi kalau di awal Ramadhan yang mulia, Kerajaan negeri nak derma dan sumbang serba sedikit kepada umat Islam yang fakir, tentulah tidak salah dan Tok tak kecewa walaupun Jubli emas yang 50 tahun sekali sambut dibuat ala kadar bagi berjimat.

Tapi Tok rasa sangat kecewa dan percaya rakyat Negeri kedah pun rasa yang sama bila RM250,000.00 diberikan kepada Dewan Perhimpuanan Cina, untuk upacara kebudayaan pula tu, kalau untuk tabung kemiskinan, lain la juga.

Kita juga hairan, mana datang duit sebanyak ini untuk derma saja?Banyak tu!!! Kalau penyumbang tu derma ikhlas, apa pasal nak usung MB pi umum derma tu. Kalau derma “ikhlas” jenis usung MB untuk umumkan, mesti nak ada balasannya dari kerajaan Negeri? Apa balasannya YAB Ustaz? Sekurang-kurangnya, jawablah kat YB-YB PAS yang lain, kalau tidak susah depa nak terangkan kat penyokong yang selama ni dok bubuh duit dalam tong derma masa ceramah-ceramah Parti.

Tok harap sangat, PAS yang baru memerintah ni tak buat loglag, pasai dulu dok kata kerajaan lama loglag. Kalau loglag pun kerajaan dulu, Tok rasa depa tak pi dok pandai cari kisah Nabi nak halalkan loglag depa.Jadi kalau betui depa loglag, dosa selapis saja, tapi kalau dok buat loglag, lepas tu pi dok tutp dengan kisah Nabi lagi, dosa dua lapis tu. Ustaz tentu lebih maklum la pasal dosa pahala ni.

Kita sebagai rakyat, tak kira la, orang PAS ka, orang Umno ka, tak kira parti dalam hal loglag macam ni, yang loglag tetap loglag,tetap tak boleh terima.

Tok Cuma mengingatkan aja, nanti rakyat marah, depa kalih susah juga.

Khairy punya pasai, rakyat buleh kalih dari Paklah, apa bezanya Yusrain dengan Ustaz Azizan. Tok tengok dua-dua kes, Khairy & Paklah lawan Yusrain & Ustaz Azizan, “berbeza” macam belanga dengan kuali ja.


Sebelum tok akhiri posting kali ini, Tok tujukan pantun ini kepada orang-orang PAS dan Umno rakyat Kedah:

Anak Punai Anak Merbah,
Turun Hinggap Buat Sarang,
Air Sungai Sudah Merah,
Sebab Balak Sedang di Tebang..

Salam dari Tok Pauh.
10 Oktober 2008

5 comments:

Anonymous said...

cek tak setujula. Yusrin tak sama dgn KJ. Dia buat keje ikut landasan betul...mana ada makan sini, cekup sana cam KJ. Lagipun dia tak kaya cam KJ pun. Kalau nak hentam dia pun bagilak fakta..jgn auta jer tok pauh oiit...ka pasai dia dpt fakta kes penyelewangan geng2 UmNo nie???sbb tu tok pun melompat katak?? huhu..cakap dgn fakta, baru boleh pakai, kalau tak kira auta je pandai..

aku yg neutral..

Anonymous said...

Tok Pauh,

"Baru habis pausa jangan dok tanbah dosa..."

jangan dok buat cerita yang tanpa fakta akan jadi fitnah nama nya.Ingat lah, kita semua akan mati juga walau siapa pun dia, apa fahaman dia..apa agama dia...dan apa saja lah.Apa saja kita lakukan akan dipertanggungjawabkan dia hadapan Pencipta kita.Kalau kurang maklumat cari matlumat...kalau kurang pasti tolong pasti...kalau kurang ilmu rajin2 lah menuntut.Jangan dok kheja sia-sia yang akan menyebabkan kita menyesal dibelakang hari.Kita boleh patah balik dah untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan samada secara sengaja ataupun tidak.

Untuk maklumat Tok, peruntukan RM250,000 tu telah diputuskan oleh kerajaan yang terdahulu dan tiada salahnya..ianya tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

Kisah atau hadis Nabi adalah antara rujukan semua yang bernama manusia terutama kita yang ISLAM ni selain Al-Quran,Ijmak Ulamak dan Qias.Ianya satu kemestian sekiranya inginkan kebaikan dan panduan untuk menjadi hamba yang baik, yang kenal akan diri sendiri dan juga Penciptanya.

Yang lain2 tu Tok pikiaq sendiri la..nama pun 'Tok'..sewajarnya lebih mengerti.

Wallahua'lam.
IbnuBakrin

Anonymous said...

Tok Pauh,

"Baru habis puasa jangan dok tambah dosa..."

jangan dok buat cerita yang tanpa fakta akan jadi fitnah nama nya.Ingat lah, kita semua akan mati juga walau siapa pun dia, apa fahaman dia..apa agama dia...dan apa saja lah.Apa saja kita lakukan akan dipertanggungjawabkan dia hadapan Pencipta kita.Kalau kurang maklumat cari matlumat...kalau kurang pasti tolong pasti...kalau kurang ilmu rajin2 lah menuntut.Jangan dok BUAT kheja sia-sia yang akan menyebabkan kita menyesal dibelakang hari.Kita TAK boleh patah balik dah untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan samada secara sengaja ataupun tidak.

Untuk maklumat Tok, peruntukan RM250,000 tu telah diputuskan oleh kerajaan yang terdahulu dan tiada salahnya..ianya tanggungjawab yang perlu ditunaikan.

Kisah atau hadis Nabi adalah antara rujukan untuk semua yang bernama manusia terutama kita yang ISLAM ni selain Al-Quran,Ijmak Ulamak dan Qias.Ianya satu kemestian sekiranya inginkan kebaikan dan panduan untuk menjadi hamba yang baik, yang kenal akan diri sendiri dan juga Penciptanya.

Yang lain2 tu Tok pikiaq sendiri la..nama pun 'Tok'..sewajarnya lebih mengerti.

Wallahua'lam.
IbnuBakrin

Tok Pauh said...

Salam Yang Neutral dan IbnuBakrin.

Berkenaan Yusrin, Tok akan bagi fakta satu per satu. Jadi rajin-rajin la singgah kedehok tok ni noo.

Pasal derma,
Apa yang Tok faham, rakyat diseru tukar kerajaan untuk buat perubahan. Kalau nak teruskan dasar kerajaan dulu, buat apa tukar kerajaan? Tok takdak jawapan la untuk soalan ni. Kot-kot orang muda boleh jawab, bagus la. Ini menunjukkan kebijaksanaan anak-anak muda negeri Kedah. Tok tumpang bangga.

Pasal derma ni, Tok tak pernah pula terbaca sirah, atau hadis pasal mengutamakan Perayaan Kebudayaan yang bertentangan dengan Islam lebih dari keutamaan kepada fakir yang masih ramai dalam negeri Kedah ini. Derma pula bukan sikit-sikit, RM250,000.00 tu.

Tapi kalau ada hadis atau sirah pasal utamakan itu lebih dari soal fakir dan hal-hal jihad, Tok terima la, tapi cerita la sikit, tok nak dengar.

IBU PUSPITA said...


Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI