Wednesday, October 8, 2008

Salam Tok Pauh... Kedah Darul Jurunilai

Tok Pauh ingin mengucapkan salam sejahtera kepada semua penduduk negeri Kedah Darulaman, samada yang berada di negeri tumpah darah kita ini atau juga perantau perantau anak-anak Kedah.

Setelah mengambil masa yang agak lama melihat gelagat pemerintah baru yang memegang tampuk pemerintahan negeri Kedah yang kita sayangi, Tok Pauh rasa tidak wajar lagi menyimpan segala kebobrokan pemimpin-pemimpin yang kita anggap warak, dan kita harapkan memperbaiki apa yang perlu.

Apa yang terjadi adalah sebaliknya, keadaan pentadbiran negeri semakin menjadi buruk. Samada disedari atau tidak, negeri Kedah seumpama sebuah kapal yang bocor.

Apa yang lebih malang ialah kepten dan orang-orang penting yang sepatutnya mengendalikan kapal ini tidak pun sedar bahawa orang-orangnya sedang membuat lubang yang lebih besar kepada kapal kedah.

Lubang besar itu pula ditebuk merata-rata tempat.

Tok Pauh mulakan dengan isu Kronisma. Dah la Kronisma, kronisma terpilih pula.

Perniagaan berkaitan kerajaan negeri kini di monopoli oleh Jurunilai Bersekutu, syarikat penilaian hartanah.

Bagaimana terjadi...?

Mengikut maklumat yang Tok Pauh terima, Che Had yang merupakan penasihat ekonomi Menteri Besar (Penasihat ekonomi?!!!! apa pengalaman koporat yang Che Had ada selain dari mengedalikan syarikat jurunilai?) meletakkan orang-orang beliau, tidak kira layak atau tidak layak sebagai ahli lembaga pengarah anak-anak syarikat kerajaan negeri. Ada juga yang dilantik jadi menjadi Ketua Eksekutif anak syarikat kerajaan negeri.

Dengan ini, segala bisnes berkait kerajaan akan disalurkan dengan mudah kepada kepentingan "sahabat-sahabat" melalui maklumat dalaman.

Kenapa PAS yang dapat memerintah negeri, Jurunilai Bersekutu dan Che Had yang mendapat labanya? Ahli-ahli PAS hanya sekadar menjadi kuda tungangan, bila sudah mendapat kuasa, seorang dua individu saja yang merasa.

Tok Pauh belum mahu mendedahkan berapa ramai individu berkaitan Jurunilai Bersekutu yang mendapat laba, orang PAS kuah pun tarak. Berilah masa kepada Ustaz Azizan dan "penasihat ala tiga abdul" yang membuat pengakuan sendiri jika mereka orang yang jujur.

Jika mereka tidak dedahkan, Tok sendiri akan dedahkan nanti. Tapi bila Tok dedahkan,Tok akan dedahkan secara terperinci, termasuk dengan tindak-tanduk mereka sekali. Oleh itu, dinasihatkan agar Che had jangan la rakus sangat, tau la MB dok chemei pun, nanti beretoh batang hidung dia, dia malu kat rakyat. Dah la MB pun dok buat juga kronisma ni.

Sekian dulu, Tok cuma nak sampaikan salam untuk seorang anak muda bernama Yusrain, dengan ucapan " kenang daku dalam doamu dan jangan jadi KJ".


Daftar Istilah:
Chemei = tertutup sebelah mata atau jamu makan percuma
Beretoh = Terkena/tersentuh

Kedah Sejahtera

5 comments:

AloQStaQ said...

Terima kasih Saudara (atau Saudari? Blogmaster Dedah Di Kedah ni! ...

Moga-moga dengan kebenaran (mengenai kelemahan PAS Kedah) yang diselindungkan, dapat diungkapkan di Blog ini seterusnya akan memberi maklumat berguna kepada seluruh warga Negeri Kedah untuk menilai secara jelas siapakah sebenarnya KERAJAAN PAS KEDAH.

Walaupun pada hakikat mata kasar penyokongnya PAS MUNGKIN BOLEH BERTAHAN jika tak banyak isu Hot yang boleh mencalarkan kepimpinan mereka dalam 4 tahun mendatang, tapi jangan dipandang ringan bahawa kelemahan dan kemungkaran PAS juga banyak diperlihatkan dan PAS telah melakukan banyak kesalahan di dalam mentadbir negeri sejak Mac 2008 aritu ! ... Dedahkan di sini! ... Bukan nak aibkan, tetapi inilah Politik. Dulu Puak PAS dok nampak geng UMNO buat salah itu ini ... Kini kena giliran pulak orang akan nampak apa yang PAS buat tak kena ...

Pastikan kita berikan yang fakta dan benar saja untuk dipertontonkan, KATAKANLAH YANG BENAR INI WALAUPUN 1 AYAT. LEBIH BERMAKNA DAN BERERTI DARI 1000 AYAT YANG FITNAH! .... Wassalam.

Tenkiu.

AloQStaQ

alang said...

Aku just nak tanya satu perkara je. Sebab apa blog nie wujud selepas PAS memerintah kedah? Kenapa blog ni tak wujud sebelum2 ni untuk mendedahkan kronisma dan korupnisme menteri2 besar era BN expecialy Sanusi Junid?

Jawapan dia satu je. Pengikut BN yg buat blog nie.
p/s aku bebas selagi berpegang kepada ajaran Islam.

Anonymous said...

aku setuju dgn alang.

La baru sebuk nak buat blog..spt trend skrg camtu. dulu dok rasa gah sbb mainstream media (TV dan akhbar) depa pegang. La dah berpecah puak2 nie mula la cari alternatif lain..takpa baguihla.

Jika ada kesilapan dan kesalahan PAS kedah, sila dedahkan..kami pun nak tau. PAS pun bukan sempurna..depa pun manusia gak. yg pasti UmnO dulu dah takbole pakai..hancuss/porak peranda...harap2nya golongan muhriz boleh naikkan umno semula dan baiki dinding2 yg bocor dan busuk akibat dari tindakan UMnO dulu.

aku yg neutral

JURUNILAI said...

Setelah membaca coretan Tok Pauh, saya ingin memberikan beberapa penjelasan tentang JURUNILAI BERSEKUTU.

Che Had telah meletakkan jawatan beliau dari JURUNILAI BERSEKUTU sejak bulan Jun 2008. Sebelum ini ketika berkhidmat, beliau memiliki kurang dari 45% pegangan equiti JURUNILAI BERSEKUTU dan bukan pemilik 100% seperti yang dinyatakan.

Setelah meninggalkan JURUNILAI BERSEKUTU, cawangan Alor Star tidak mendapat walau SATU KERJA pun daripada Che Had. Oleh itu saya terpanggil untuk pihak Tok Pauh jangan mencemarkan nama baik JURUNILAI BERSEKUTU dengan menyatakan semua kerja Kerajaan Negeri diberikan hanya pada JURUNILAI BERSEKUTU.

Diharap pihak Tok Pauh dapat melakukan kaji selidik samaada orang lain yang mendapat habuan dari kerja yang lumayan tersebut sedangkan JURUNILAI BERSEKUTU tak merasa apa-apa pun.

Seperti yang dinyatakan, memang ada beberapa pekerja yang dulunya berkhidmat dengan JURUNILAI BERSEKUTU, Cawangan Alor Star telah meletakkan jawatan untuk bersama BINA DARULAMAN ASSET MANAGEMENT.

JURUNILAI BERSEKUTU yang ditubuhkan di Alor Star pada tahun 1985 masih beroperasi dengan 30 pekerja dan menjalan kerja-kerja penilaian dan konsultan seperti biasa.

Untuk makluman Tok Pauh, Pengurusan JURUNILAI BERSEKUTU kini telah mengarahkan agar JURUNILAI BERSEKUTU Alor Star berpindah dari pejabat lama yang disewa oleh Che Had dahulu ketempat baru berdekatan dengan Bangunan CIMB dan Agro Bank Alor Star.

Sekian dimaklumkan.

PENGARAH URUSAN
JURUNILAI BERSEKUTU (KEDAH) SDN BHD

IBU PUSPITA said...


Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI